Rasa kek mini coklat yang budak-budak susah nak tolak! Penyediaannya pun mudah, tak sampai 10 minit.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cupcake Coklat Comel
Rasa kek mini coklat yang budak-budak susah nak tolak! Penyediaannya pun mudah, tak sampai 10 minit.
BAHAN-BAHAN
- 300g tepung
- 350g gula
- ½ cawan serbuk koko
- 1½ sudu kecil soda bikarbonat
- ½ cawan mentega
- 2 sudu kecil esen vanila
- 1½ cawan susu segar
- * 2 biji telur
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven 180C.
Campurkan kesemua bahan (kecuali *) dalam bekas pengadun. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bagi campuran itu sebati. Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi lebih kurang selama 2 minit. Selepas itu, tambah telur dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit lagi.
- Sudukan adunan dalam acuan kertas. Kalau nk kek cawan yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi acuan. Yang saya buat ada yang tinggi, ada yang rendah. Bakar selama lebih kurang 20 minit begitu atau hingga masak. Suhu oven terpulang pada oven masing-masing, saya guna 170C.
- Bila dah masak, boleh diletak hiasan atas kalau suka. Hiasan saya tu: ¼ cawan susu pekat + ¼ cawan serbuk koko + ¼ buku mentega. Masukkan semua dalam periuk, panaskan atas api & terus kacau, sekejap sahaja iaitu bila sudah bercampur semua & beku sikit terus angkat dan sapukan atas kek yang telah sejuk. Hias ikut citarasa masing-masing.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.