Cucur Udang Hi Calcium

Resipi olahan sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cucur Udang Hi Calcium

Resipi olahan sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram tepung gandum
  • 20 keping biskut High Calcium Jacob’s (hancurkan)
  • 20 ekor udang besar (buang kepala sahaja – boleh lebihkan jumlah udang)
  • 5 biji bawang merah (mayang)
  • 1 biji cili merah (potong bulat nipis)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Air suam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam mangkuk besar campurkan tepung, bawang merah, cili merah, telur, garam, kunyit dan air secukupnya.
  • Adun kesemua bahan hingga boleh dijemput. Jangan terlalu cair atau pekat.
  • Masukkan biskut yang telah dihancurkan dan kacau.
  • Panaskan minyak. Masukkan seekor udang ke dalam tepung dan jemputkan tepung tersebut ke dalam minyak yang betul-betul panas. Buat hingga udang dan tepung habis.
  • Boleh dihidangkan bersama kuah kacang atau sos cili.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago