Telur Dadar Hitam Manis

Hidangan sampingan bersama nasi dan juadah lain. Ini koleksi saya mempelbagaikan resipi telur dadar di rumah (sepatutnya warnanya lebih kehitaman tapi masa memasak kehabisan stok kicap, cuma ada tak sampai 3/4 sudu besar).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Telur Dadar Hitam Manis

Hidangan sampingan bersama nasi dan juadah lain. Ini koleksi saya mempelbagaikan resipi telur dadar di rumah (sepatutnya warnanya lebih kehitaman tapi masa memasak kehabisan stok kicap, cuma ada tak sampai 3/4 sudu besar).

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur
  • 1-2 tangkai daun sup
  • 1-2 tangkai daun bawang
  • 1-2 sudu besar kicap pekat
  • 3/4 – 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Secubit serbuk jintan manis (jika suka)
  • Secubit serbuk jintan putih (jika suka)
  • Garam (jika suka)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Hiris daun bawang dan daun sup nipis-nipis.
  • Dalam satu mangkuk, campurkan telur, serbuk lada sulah, jintan manis & jintan putih serta kicap (dan garam – kalau saya, kebiasaannya saya buat lebih sikit dari 2 sudu besar kicap jadi tak perlu tambah garam kerana kicap dah masin, tapi ikut citarasa masing-masinglah). Dengan menggunakan garpu, pukul campuran telur tadi hingga berbuih. Kemudian, masukkan bahan-bahan hirisan tadi. Kacau-kacau saja.
  • Bila minyak sudah panas, goreng telur hingga kekuningan. Siap untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago