Minum Petang yang paling ringkas dan sedap

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cucur Tauhu

Minum Petang yang paling ringkas dan sedap

BAHAN-BAHAN

  • 1 Kotak Tauhu lembut (tauhu jepun) boleh di dapati di pasar raya.
  • 1 ikat daun sup
  • 1 ikat daun bawang
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji bawang besar
  • Segenggam ikan bilis @ 1 kiub ikan bilis
  • 3 senduk kecil tepung gandum (kalau lembik sangat,boleh tambah sikit lagi)
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya dan minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Hiris semua bahan- daun sup,daun bawang, cili dan bawang besar
  • Ramas tauhu hingga hancur,campurkan dengan bawang hiris.
  • Tumbuk ikan bilis.Jangan terlalu lumat. Kalau malas nak tumbuk ikan bilis,guna je kiub pati bilis tu.Hancurkan dan masukkan ke dalam bahan di atas tadi.
  • Masukkan air dan tepung serta garam.Gaul rata dan goreng hingga kuning keemasan. Sedap di makan panas-panas. Tapi jaga…jangan melecur lak mulut tu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN