Cucur ni sedap dan tetap lembut walaupon dah sejuk…boleh digantikan juga dengan ikan bilis kalau tak suka udang kering.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

CUCUR NASI UDANG KERING

Cucur ni sedap dan tetap lembut walaupon dah sejuk…boleh digantikan juga dengan ikan bilis kalau tak suka udang kering.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 gengam udang kering
  • 1 biji bawang besar- didadu kasar
  • 2 camb bawang goreng
  • 1/4 camt baking soda
  • 1/4 camt baking powder
  • 2 cawan air (+-)
  • garam secukup rasa
  • sedikit daun bawang- diracik halus*
  • sedikit daun sup- diracik halus*
  • cili merah- diracik halus (ikut kepedasan anda)*
  • minyak untu deep fry
CARA PENYEDIAAN
  • Blend nasi, bawang besar dan udang kering bersama 1 cawan air hingga halus seperti makanan bayi.
  • Masukkan bawang goreng, tepung gandum, baking powder dan baking soda.
  • Blend lagi hingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
  • Tuang adunan ke dalam bekas yang bersih dan masukan bahan- bahan bertanda* dan gaul sebati.
  • Rehatkan adunan selama 5-10 minit.
  • Panaskan minyak, jemputkan dan goreng hingga golden brown
  • Hidangkan bersama sos cili kegamaran anda atau kalau makan pedas tu enak gak di cicah ngan sambal tumis
  • Selamat mencuba dan menjamu selera

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN