Wedges Berempah.Rangup diluar, lembut di dalam….
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Crispy Potato Wedges
Wedges Berempah.Rangup diluar, lembut di dalam….
BAHAN-BAHAN
- 2 biji kentang saiz XL – potong berbaji
- 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji putih telur – dikocok
- Tepung gandum secukupnya untuk salut
- Garam
CARA PENYEDIAAN
- kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
- Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk.
Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit. - Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
- Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
- goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
- Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.