Gara-gara rendang ‘crispy’, kami cuba masak menu luar biasa berinspirasikan MasterChef ni!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Crispy Chicken Rendang

Gara-gara rendang ‘crispy’, kami cuba masak menu luar biasa berinspirasikan MasterChef ni!

BAHAN-BAHAN

    Bahan-bahan (ayam):
    – Paha ayam
    – 4 sudu besar tepung gandum
    – 4 sudu besar tepung jagung
    – 1 sudu besar garam
    – Minyak

    Bahan-bahan (kisar):
    – 2 inci lengkuas (dihiris)
    – 2 inci halia (dihiris)
    – 1 batang serai (dihiris)
    – 10 ulas bawang merah
    – 1 ulas bawang putih

    Bahan-bahan (kuah rendang):
    – 2 1/2 sudu besar cili kisar
    – 1 cawan santan
    – 2 sudu besar kerisik
    – 1 keping asam keping
    – 1 sudu kecil garam
    – 1 sudu besar gula melaka
    – 1/2 helai daun kunyit (dihiris)
    – Minyak

CARA PENYEDIAAN
    Cara-cara:
    1. Salut ayam bersama tepung gandum, tepung jagung dan garam.
    2. Goreng hingga keemasan.
    3. Untuk kuah rendang, kisar lengkuas, halia, serai, bawang merah dan bawang putih.
    4. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga garing.
    5. Masukkan santan. Gaul.
    6. Masukkan kerisik, asam keping, garam, gula melaka dan daun kunyit. Gaul.
    7. Hidangankan ayam dengan kuah rendang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN