Creamy potato croquettes

Ala-ala bergedil tapi lebih rangup. Sukatan main agak2 je nih.. masa buat tu main campak-campak je.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Creamy potato croquettes

Ala-ala bergedil tapi lebih rangup. Sukatan main agak2 je nih.. masa buat tu main campak-campak je.

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji ubi kentang saiz besar- direbus dan dilenyekkan.
  • 1/2 biji bawang besar saiz sederhana – dicincang/potong dadu
  • 2 sudu besar daging cincang
  • 1 sudu besar mentega
  • garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • Sos krim
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 – 1 cawan susu segar
  • garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • —————————-
  • 1 biji telur
  • breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
  • minyak masak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan mentega. Kemudian tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan daging, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sehingga daging masak. Padamkan api. Masukkan pula kentang. Gaul rata. Kemudian ketepikan.
  • Sediakan sos krim. Panaskan mentega di dalam periuk. Kemudian masukkan tepung. Goreng sehingga perang. Masukkan pula susu segar. SEntiasa kacau supaya tidak berketul. Masak sehingga pekat.
  • Masukkan 2 ke dlm 1. Gaul sehingga sebati. Kemudian buat bentuk bulat.
  • Panaskan minyak masak. Celup potato ke dalam telur. Kemudian cover dengan breadcrumbs. Goreng sehingga keperangan.
  • Untuk sos tu saya campurkan mayonis, sos cili dan sos tomato. Sedap dimakan begitu saja ataupun dgn sos.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago