Resepi ni dari rancangan martha stewart, sy dah try byk kali memang best… silakan mencuba…!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Creamy Lemon Squares
Resepi ni dari rancangan martha stewart, sy dah try byk kali memang best… silakan mencuba…!
BAHAN-BAHAN
- * 1 / 2 cawan mentega tanpa garam (suhu bilik)
- * 1/2 cawan gula (jika nak lebih manis boleh tambah)
- * 1/4 sudu garam
- * 1 cawan tepung gandum
- * 4 biji kuning telur size A
- * 1 tin susu sejat penuh krim
- * 3/4 cawan jus lemon segar (3 biji lemon)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven dengan suhu 350 darjah. Sapu mentega pada dulang pembakar yg bersaiz lebih kurang 8 inci.
- Cara membuat crust / kerak.
Pukul mentega, gula & garam sehingga ringan & gebu.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun sebati.
Tekan doh ke dalam dulang pembakar sehingga ke sisi dulang lebih kurang 1/2 inci. Kemudian cucuk dgn garfu beberapa tempat.
Bakar sehingga warna keemasan lebih kurang 15-20 minit
- Cara membuat cream lemon (dalam mangkuk berasingan). Pukul telur sehingga kembang, masukkan susu sejat penuh krim & jus lemon, kacau sebati. Kemudian tuang ke atas crust/kerak yg masih panas. Bakar semula 25-30 minit. Setelah masak, sejukkan.
- Masukkan ke dalam peti sejuk paling kurang 2 jam. Sy simpan dalam peti ais dlm 3 hari baru betul-betul sedap.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.