Resipi ini belajar dari bonda.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cream Puff Jagung

Resipi ini belajar dari bonda.

BAHAN-BAHAN

  • 125 gm tepung naik sendiri atau tepung gandum + 2 sudu teh serbuk penaik
  • 100 gm mentega
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
  • Bahan-bahan untuk inti jagung:
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
  • Cara-cara untuk puff:
  • Panaskan air, gula dan mentega dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan.
  • Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan pengadun.
  • Masukkan adunan ke dalam beg paip (‘piping bag’). Paipkan menggunakan muncung bentuk bintang.
  • Sembur air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan, lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220C. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan ringan, bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
  • Gunting sedikit bahagian tepi puff dan paipkan inti jagung.
  • Cara-cara untuk inti:
  • Kacau tepung kastad dan air. Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula. Kacau hingga naik wap.
  • Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam puff.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN