Mudah, ringkas tapi sedap. Selalu sangat makan spaghetti dengan tomato sauce, last-last cipta resepi spaghetti sendiri. Alhamdulillah, housemate qeynna semua suka. Tadaaa….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cream Mushroom Spaghetti

Mudah, ringkas tapi sedap. Selalu sangat makan spaghetti dengan tomato sauce, last-last cipta resepi spaghetti sendiri. Alhamdulillah, housemate qeynna semua suka. Tadaaa….

BAHAN-BAHAN

  • Spaghetti (rebus dengan sedikit garam dan minyak
  • 150 gram daging hancur
  • Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
  • Sebiji tomato (dipotong dadu)
  • Cendawan butang, dihiris nipis (kuantiti terpulang)
  • 2 sudu makan cream cheese
  • 2 cawan susu segar
  • 35 gm serbuk cream mushroom soup. (kat mesir ada yang brand knorr/maggi. kat malaysia tak pasti pulak. Kalau tak ada, boleh je guna cream mushroom dalam tin, tapi kena kurangkan secawan susu)
  • Serbuk lada hitam, secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Pijarkan minyak dalam kuali, tumis daging hancur hingga agak masak.
  • Masukkan bawang besar yang dipotong dadu. Tumis lagi hingga naik bau.
  • Bila daging sudah agak kering, masukkan susu dan serbuk cream mushroom soup.
  • Kemudian masukkan cream cheese, cendawan, tomato dan serbuk lada hitam. Kacau sebati hingga susu bertukar pekat (berkrim).
  • Dah siap. Bolehlah hidangkan dengan spaghetti. Memang sedap, rugi tak cuba!
  • p/s : bila dah study kat oversea ni, jauh dari mak, bila sampai ja giliran qeynna memasak untuk housemate (11 orang tau), selalu bingung nak masak apa. MyResepi jugaklah bestfriend di kala buntu. Tq all!! :-D

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN