Couscous mudah nak masak. 5 minit rendam dalam air panas dah siap. Couscous seakan-akan nasi tapi warna kuning dan kecil. Resepi salad ni senang dan murah untuk disediakan. Sesuai untuk yang nak diet.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Timur Tengah

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Couscous Salad Dengan Sosej

Couscous mudah nak masak. 5 minit rendam dalam air panas dah siap. Couscous seakan-akan nasi tapi warna kuning dan kecil. Resepi salad ni senang dan murah untuk disediakan. Sesuai untuk yang nak diet.

BAHAN-BAHAN

  • Setengah cawan couscous
  • Setengah cawan air panas
  • Minyak masak. Saya guna olive oil, alang-alang dah ada.
  • 2 biji bawang putih dipotong biasa
  • 1/2 biji bawang besar dipotong biasa
  • 1/2 biji bell pepper dipotong empat segi kecil
  • 1/3 batang timun dipotong empat segi kecil
  • Garam secukup rasa
  • White pepper secukup rasa
  • 1 batang sosej dipotong halus
CARA PENYEDIAAN
  • Letak minyak masak sedikit. Panaskan dan bila minyak dah panas, masukkan terus bawang putih, bawang besar, bell pepper, dan sosej.
  • Bila bawang putih dah kekuningan dan sosej dah masak, letak setengah cawan air. Biarkan menggelegak. Campurkan garam dan white pepper secukup rasa.
  • Tutup api ,masukkan couscous dan campurkan dengan bahan-bahan tadi. Tutup pan dan tunggu 5 minit.
  • Lepas 5 minit, couscous akan mengembang dan kita boleh letak timun dan campurkan macam salad. Siap! Cepat, mudah dan yang penting sihat!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN