Tukar selera nasi dengan couscous, maka jadi la couscous kerabu.Sedap bila dicampur dengan kerabu daun daun herba yg popular kat middle east ni.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Couscous Kerabu
Tukar selera nasi dengan couscous, maka jadi la couscous kerabu.Sedap bila dicampur dengan kerabu daun daun herba yg popular kat middle east ni.
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan couscous
- secekak daun parsli dihiris halus
- secekak dill dihiris halus
- sedikit daun mint dihiris halus
- satu biji tomato dihiris dadu kecil kecil
- secekak daun basil dihiris halus
- 2 sudu makan minyak extra virgin olive oil
- 1 tin tuna (toskan airnya)
- 3/4 cawan kelapa kering
- lada hitam dan garam secukupnya
- 1 cawan air mendidih
- jus dari 1 biji lemon
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan couscous kedalam mangkuk dan tuangkan secawan air mendidih kedalamnya. Ketepikan. Selepas 2 minit, karih-karihkan couscous dengan garpu.
- Masukkan tuna kedalam kuali. Campurkan lada hitam dan kacau sehingga hampir kering. Kemudian masukkan kelapa kering dan kacau lagi sehingga garing. Ketepikan.
- Satukan semua ulam-ulam didalam satu mangkuk. Masukkan campuran tuna yang telah sejuk tadi, jus lemon, olive oil, dan sedikit garam. Kacau sebati.
- Hidangkan couscous dan kerabu dengan lauk kegemaran anda, keropok, dan sambal belacan. Enjoy!!!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.