Resipi dari kawan sejak zaman sekolah…Resipi asal takde kekacang….Yang ni dah ditokok tambah untuk memenuhi citarasa….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cornflakes Madu dan Kekacang

Resipi dari kawan sejak zaman sekolah…Resipi asal takde kekacang….Yang ni dah ditokok tambah untuk memenuhi citarasa….

BAHAN-BAHAN

  • 3 sb butter
  • 3 sb gula merah
  • 3 sb madu
  • 1 sb golden syrup ~ optional
  • 4 cawan cornflakes
  • Kekacang secukupnya (walnut,almond,peanut)
  • 1 sb kismis (saya tak letak…pasal bahan lain dah cukup manis)
CARA PENYEDIAAN
  • Kesemua kekacang di sangrai/bakar secara berasingan kemudian ditumbuk/blend kasar.Ketepikan.
  • Masukkan butter,gula merah,madu dan golden syrup ke dalam periuk.Kacau sekejap je sekadar untuk sebatikan bahan2 tersebut.Pastikan api kecil sahaja dan tidak terlalu lama supaya butter tidak pecah minyak.
  • Apabila semua adunan sudah sebati,tutup api dan terus kacau sehingga likat dan suam-suam kuku.
  • Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar.Curah (3) ke atasnya dan gaul sekata.Patah-patahkan sedikit~ala-ala manja~kepingan cornflakes tersebut (jgn ramas/hancurkan ia)
  • Taburkan (1) ke dalam (4) dan gaul sekata.Jika mahukan kismis..Boleh masukkan juga.
  • Sudukan ke dalam paper cup.Susun di dalam dulang pembakar dan bakar lebih kurang 2~3 min.Sejukkan di atas redai dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.
  • NOTE :- Kalau tak nak bakar pun boleh gak…Susun di dalam dulang pembakar dan masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 15~30 min.Keluarkan dan boleh di simpan di dalam bekas kedap udara.
  • PETUA KAWAN :- Pastikan adunan butter suam-suam kuku dahulu sebelum dicurah ke atas kepingan cornflakes untuk mengelakkan cornflakes tadi menjadi lemau
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending