Resipi dari kawan sejak zaman sekolah…Resipi asal takde kekacang….Yang ni dah ditokok tambah untuk memenuhi citarasa….
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cornflakes Madu dan Kekacang
Resipi dari kawan sejak zaman sekolah…Resipi asal takde kekacang….Yang ni dah ditokok tambah untuk memenuhi citarasa….
BAHAN-BAHAN
- 3 sb butter
- 3 sb gula merah
- 3 sb madu
- 1 sb golden syrup ~ optional
- 4 cawan cornflakes
- Kekacang secukupnya (walnut,almond,peanut)
- 1 sb kismis (saya tak letak…pasal bahan lain dah cukup manis)
CARA PENYEDIAAN
- Kesemua kekacang di sangrai/bakar secara berasingan kemudian ditumbuk/blend kasar.Ketepikan.
- Masukkan butter,gula merah,madu dan golden syrup ke dalam periuk.Kacau sekejap je sekadar untuk sebatikan bahan2 tersebut.Pastikan api kecil sahaja dan tidak terlalu lama supaya butter tidak pecah minyak.
- Apabila semua adunan sudah sebati,tutup api dan terus kacau sehingga likat dan suam-suam kuku.
- Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar.Curah (3) ke atasnya dan gaul sekata.Patah-patahkan sedikit~ala-ala manja~kepingan cornflakes tersebut (jgn ramas/hancurkan ia)
- Taburkan (1) ke dalam (4) dan gaul sekata.Jika mahukan kismis..Boleh masukkan juga.
- Sudukan ke dalam paper cup.Susun di dalam dulang pembakar dan bakar lebih kurang 2~3 min.Sejukkan di atas redai dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.
- NOTE :- Kalau tak nak bakar pun boleh gak…Susun di dalam dulang pembakar dan masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 15~30 min.Keluarkan dan boleh di simpan di dalam bekas kedap udara.
- PETUA KAWAN :- Pastikan adunan butter suam-suam kuku dahulu sebelum dicurah ke atas kepingan cornflakes untuk mengelakkan cornflakes tadi menjadi lemau
- Klik untuk isi cara-cara di sini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.