Resipi dari Nestle… Crunchy & Chewy… =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Corn Flakes Currant Cookies

Resipi dari Nestle… Crunchy & Chewy… =)

BAHAN-BAHAN

  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 100g cornflakes (dikisar kasar)
  • 1 cawan buah currant / kismis
  • ½ cawan badam (dicincang)
  • 150g mentega / marjerin
  • 100g gula kaster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur ayam
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung gandum dan serbuk penaik bersama. Masukkan cornflakes, kismis dan badam; gaul sebati dan ketepikan.
  • Krimkan mentega, gula kaster dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  • Kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  • Bentukkan doh mengikut bentuk kesukaan. Susun doh di atas dulang pembakar yang telah disapukan sedikit mentega / marjerin, jarakkan sedikit untuk biskut mengembang.
  • Bakar dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 15-20 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan biar selama 20 minit sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN