Simple yet tasty rice…sedap dimakan bersama kari ayam dan sewaktunya..:)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Colourful Pilau Rice…
Simple yet tasty rice…sedap dimakan bersama kari ayam dan sewaktunya..:)
BAHAN-BAHAN
- 2 cwn Beras Basmathi – dicuci dan direndam dlm air selama 30 minit.
- 6 sb butter
- 3 biji cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 2 helai daun bay
- 1 sk garam
- 3 cwn air
- beberapa titik pewarna ~ merah, kuning & hijau
CARA PENYEDIAAN
- Cuci beras basmathi. Tapis air berlebihan. Ketepikan.
- Panaskan butter dlm kuali. Tumis cengkih, buah pelaga, daun bay dan garam hingga wangi.
- Masukkan beras dan kacau rata, kurangkan api.
- Pindahkan bahan tumis bersama beras tadi ke dlm periuk electrik. Masukkan 3 cwn air dan kacau. Masak nasi seperti biasa.
- Apabila nasi dah masak, tutupkan suis.
- Buat 3 lubang dlm nasi menggunakan chopstick. Letakkan satu warna dlm setiap lubang. Tutupkan periuk dgn penutup dan biarkan selama 30minit atau lebih. (Jangan kacau terus apabila nasi dah masak)
- Selepas 30 minit, kacaukan nasi perlahan2 menggunakan chopstick/garfu.
Sedia dihidang! ;)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.