Cepat & Sedap
*abaikan ejaan yg salah tu ya!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Coklat Marble Kek
Cepat & Sedap
*abaikan ejaan yg salah tu ya!
BAHAN-BAHAN
- 250 gm mentega
- 1 1/2 cawan tepung
- 1 cawan gula
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 3 biji telur
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu paste strawberry (boleh tukar je dgn apa2 paste)
- 3 sudu besar milo (dibancuh dgn sedikit air hingga jadi pes)
- *milo boleh digantikan dgn 3 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn 2 sudu susu pekat dan sedikit air
CARA PENYEDIAAN
- Putar mentega dan gula dengan menggunakan electric mixer sehingga putih.
- Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Putar hingga kembang.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dgn senduk kayu pun boleh juga. (tp sy teruskan dgn mixer je senang)
- Ambil sebahagian dari adunan tadi, bahagikan kpd 3 bahagian :
– 1 bahagian : adunan asal
– 1 bahagian : masukkan strawberry paste (nk warna merah tu terang masukkan pewarna merah sikit)
– 1 bahagian : masukkan pes coklat - Tuang ke dlm dulang pembakar yg dah disapu mentega secara berselang seli.
- Bakar selama 50minit.
Siap dimakan terus atau hias je ikut kreativiti anda.
SELAMAT MENCUBA
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.