Resepi kawan, MEMANG SEDAP! Tak nyesal kite buat! Adik beradik Cakoi gak ni tapi texture lembut sikit.Sesuai buat minum petang or breakfast =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

~Cok Bantal Cicah Sambal Bilis~

Resepi kawan, MEMANG SEDAP! Tak nyesal kite buat! Adik beradik Cakoi gak ni tapi texture lembut sikit.Sesuai buat minum petang or breakfast =)

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum – diayak
  • 2 sudu teh yis
  • 3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
  • Bahan – Bahan Sambal Bilis
  • 150 – 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
  • 4-5 sudu cili boh
  • 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
  • ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
  • Garam dan Gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk CokBantal: Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau. Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit. Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!
  • Untuk Sambal Bilis : Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)
  • *Suggestion : Masak sambal bilis dulu supaya boleh nikmati cok bantal panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN