Saiz kek biasa 18cm tapi saya guna loyang cutter 10 x12
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Coffee cheesecake
Saiz kek biasa 18cm tapi saya guna loyang cutter 10 x12
BAHAN-BAHAN
- Bahagian bawah
- 100g biskut marrie perisa kopi
- 50g butter- cairkan
- (utk loyang cutter sy guna 260g biskut marrie + 120g butter)
- Bahagian cheese
- 250g cream cheese
- 120g gula halus
- sedikit esen vanila
- 200ml plain yogurt/ sour cream
- 3 biji telur
- 2 sudu besar corn starch
- 200ml whipping cream
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan biskut ke dalam food processor. Mix sehingga hancur. Kemudian masukkan butter yg cair. Mix lagi sehingga berketul-ketul.
- Masukkan biskut yang dah dikisar ke dalam loyang. Tekan sehingga jadi padat. Kalau guna loyang cutter, alaskan dengan kertas minyak utk mudah dikeluarkan. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
- Masukkan semua bahan-bahan bahagian cheese kecuali telur ke dlm food processor. MIx sehingga jadi smoooth. Kemudian masukkan telur dan mix lagi. Tuangkan adunan cheese ke dalam loyang biskut tadi.
- Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Kemudian letak loyang kek tadi ke atasnya.
- Bakar kek ini dengan suhu 200C selama 30 minit. Turunkan suhu oven kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit
- Kalau guna loyang cutter, bakar kek ini dengan suhu 200C selama 15 minit. Turunkan suhu oven kepada 160C. Bakar lagi selama 15-20 minit
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.