Bukan untuk mereka yang jaga badan. Hehehe kalau nak makan juga, apa salahnya tapi jangan banyak-banyak ye?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Coconut Candy
Bukan untuk mereka yang jaga badan. Hehehe kalau nak makan juga, apa salahnya tapi jangan banyak-banyak ye?
BAHAN-BAHAN
- 1 biji kelapa parut (yang putih sahaja)
- 1 cawan susu cair (sekadar menenggelamkan kelapa)
- 1/2 cawan gula (ikut rasa masing-masing)
- 1 sudu besar mentega
- Pewarna/coklat masakan
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan kelapa parut, susu cair, gula dan mentega dalam kuali dan kacau dengan api perlahan.
- Sebelum ia kering betul, bahagi pada 2 bahagian.
- Satu bahagian masukkan pewarna kuning dan satu bahagian masukkan coklat masakan.
- Kacau berasingan hingga adunan kering dan tidak melekat pada kuali.
- Masukkan dalam loyang dan tekan bagi rata dan padat.
- Bila sejuk, bolehlah potong dan hidangkan.
- *Boleh buat berbagai warna tapi yang berwarna coklat tu paling sedap :p
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.