Biskut kosong.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Classic Butter Cookie

Biskut kosong.

BAHAN-BAHAN

  • 370g tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 150g gula
  • 150g mentega – suhu bilik
  • Sedikit esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga putih.
  • Kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukkan pula tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik. Kacau dengan spatula sehingga sekata.
  • Bungkus dengan pembalut plastik. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
  • Keluarkan dari peti sejuk. Alaskan papan canai dengan plastik. Letakkan doh di atasnya. Kemudian letak satu lagi plastik di atas doh tadi. Canaikan sehingga setebal 5mm. Terapkan dengan acuan biskut.
  • Bakar dalam suhu 180C selama 20-25 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN