Sedap bagi yang suka kayu manis/’cinnamon’.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cinnamon Roll
Sedap bagi yang suka kayu manis/’cinnamon’.
BAHAN-BAHAN
- (Bahan Roti):
- 300g tepung roti
- 50g mentega
- 1 biji telur
- 50g gula halus
- 100ml susu segar/air (suhu badan)
- 8g yis kering
- 1 sudu kecil garam
- —————————————————–
- (Inti):
- 2-3 sudu kecil serbuk kayu manis (ikut suka )
- 60g gula perang
- 20g mentega – suhu bilik
- —————————————————–
- (Aising):
- 50g cream cheese – suhu bilik
- 20g mentega – suhu bilik
- 100g gula aising
- Secubit garam
- Beberapa titik esen vanila
CARA PENYEDIAAN
- Cara buat roti: Gaulkan mentega dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti.
- Kemudian masukkan gula dan yis kering. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
- Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat di tangan atau sehingga licin.
- Balut dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
- Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan inti.
- Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil (lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
- Lapikkan roti dengan cawan muffin. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
- Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
- Bila roti dah masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.