resepi ni belajar dari MIL makcik..cara dia masak tu berbeza sikit dari biasa..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cili hijau masak taucu

resepi ni belajar dari MIL makcik..cara dia masak tu berbeza sikit dari biasa..

BAHAN-BAHAN

  • 10-15 biji cili hijau (dibelah 2)
  • 3 sudu besar taucu
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4)
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • air secukupnya, garam
  • segenggam ikan bilis
  • sedikit minyak utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • tumbuk bawang putih dan halia…asingkan..isi dalam satu bekas
  • tumbuk taucu…dan biarkan dulu..
  • mula2 panaskan minyak dalam periuk. api jangan terlalu kuat…agak2 minyak dah panas sikit masuk kan taucu..tumis taucu tu dulu..kacau2 kejap..isi bawang besar..kacau2 lagi…agak2 nak kering isi air sikit…
  • lepas bawang tu nampak dah layu sikit..isi pulak bawang putih dan halia yg ditumbuk tadi..kacau2 kejap..isi lagi sikit air…goreng hingga naik bau…agak2 dah naik bau…boleh la letak air…air ni ikut suka..kalau nak makan kuah taucu pekat boleh letak sikit air..kalau nak berkuah letak le banyak sikit air nya.
  • lepas isi air..terus letak ikan bilis. tutup periuk biar dia mendidih.
  • lepas air tu mendidih..boleh la letak cili hijau. kalau nak bersayur..boleh la letak timun atau sayur kundur.
  • isi garam. lepas sayur semua dah masak boleh la diangkat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN