Macam kuih belimbing tapi lembut di dalam, rangup di luar. french Crullers omputih panggil jugak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Churos

Macam kuih belimbing tapi lembut di dalam, rangup di luar. french Crullers omputih panggil jugak

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil marjerin
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla – optional
  • Gula halus & serbuk kulit kayu manis utk coating
  • Minyak untuk menggoreng
  • Nozzle bentuk bintang & piping bag
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan air, garam, gula, butter, marjerin dan esen vanilla ke dalam periuk lalu dididihkan
  • Apabila mendidih, kecilkan api, masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat supaya tidak berketul lalu ditutup api
  • Biar selama 3-4 minit baru dimasukkan telur dan kacau sehingga sebati. Jika nak menggunakan mixer pun boleh. Putar sekejap je sampai smooth
  • Kemudian isi adunan tadi ke dalam piping bag yg diletak dengan nozzle bentuk bintang lalu dipiping panjang-panjang ke dlm minyak yg panas
  • Goreng minyak tenggelam sehingga brown dan angkat. Boleh golekkan ke dalam adunan gula halus yang dicampurkan dengan serbuk kulit kayu manis
  • Sedia dimakan panas-panas ataupun boleh dicelup dlm sos caramel @ chocolate kegemaran anda. Selamat Mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN