utk ingatan sindri…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Chocolate tart
utk ingatan sindri…
BAHAN-BAHAN
- KULIT TART
- 340g mentega / marjerin (tmbah butter milk esen)
- 100g gula icing (wajib ayak)
- 2 biji telur gred C
- 580g tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanilla
(P/S: boleh campur coklat emulco / serbuk koko.. tp ganti ngan kuantiti tepung) - GANACHE
- 100g whipping cream
- 250g cooking choc
- 10g butter
- CUSTARD PATISSIERE
- 500ml susu segar
- 5 biji kuning telur
- 120g gula
- 10g tepung jagung
- 40g tepung gandum
- WHIPPING CREAM
- 300g whipping cream
CARA PENYEDIAAN
- utk kulit tart
- pukul mentega & gula dgn senduk kayu sehingga sedikit kembang. P/S: pastikan mentega masih sejuk dan potong kiub.
- masukkan esen vanilla & telur.
- masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan uli hingga menjadi doh yg lembut.
- balut dgn plastik dan rehat kan dlm peti sejuk (bahagian yg biasa) paling kurang 30 minit.
- ambil sedikit doh dan bulat2 kn. tekan pada acuan. pastikan tidak terlalu tebal n terlalu nipis.
- cucuk garfu di dasar tart dan bakarkan sehingga garing. suhu 180 darjah selama 30 – 35 minit. (p/S: nampak bubble pada crust, biarkan 2 3 minit lg, boleh angkat.)
- GANACHE:
- guna teknik double boiler, cairkan whipping cream. bila dah cair masuukan coklat masakan. bila dah cair, masukkan butter. (P/S: ganache perlu simpan semalam bg mendapat kelikatan yg sgt cantik)
- CUSTARD PATISSIERE
- satukan bahan kering, gaul rata.
- masukkan susu sedikit, gaul rata. masukkan kuning telur, dah masukkan sedikit demi sedikit baki susu. tapiskan.
- masak atas api sederhana sehingga custard likat n berkilat. sejukkan.
- WHIPPING CREAM
- pukul whipping cream sehingga kental.
- gabungan bahan2… dlm crust, lapisan bawah sekali, ganache, lepas tu custard patissiere dan akhir sekali whipping cream.
- boleh hias ikut perasaan…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.