Resepi dari kawan baik saya.
Masa: 1jam 30min

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate Macaroon

Resepi dari kawan baik saya.
Masa: 1jam 30min

BAHAN-BAHAN

  • 5 oz (141 gm) cornflakes (diramas-jangan terlalu hancur)
  • 9 oz (255 gm) putih telur
  • 7 oz (198 gm) choc chips
  • 13 oz (368 gm) icing sugar diayak(gulanya macam tepung, bukan gula halus ya)
  • secubit garam
  • sedikit vanilli/vanilla essence
  • kertas cawan yang kecil/baking paper cups/cup liners (siap disusun didulang pembakar)
  • Panaskan suhu ketuhar/oven 100C
  • **Sukatan oz. di atas adalah sukatan yang asal. Saya telah sediakan sukatan gm bagi mereka yang tidak ada sukatan oz pada alat penimbang. Saya syorkan penggunaan sukatan yang asli kerana sukatannya lebih tepat.**
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul putih telur menggunakan alat pemutar/stand mixer dengan had kelajuan yang sederhana tinggi sehingga kembang. Setelah agak-agak adunannya mula kembang, teruskan memutar hingga agak-agak 1-2 minit, kemudian perlahan-lahan hentikan alat pemutar mengikut peringkat-peringkat had kelajuan hingga mesin mati. Biarkan 2 minit. Kemudian, putar lagi dengan had kelajuan yang medium(tidak terlalu lambat atau cepat)
  • Sambil mesin masih lagi mengadun adunan, kurangkan had kelajuan dan masukkan pula gula icing sedikit demi sedikit sehingga gula habis. Biarkan mesin adun hingga sebati dalam seminit.
  • Kemudian masukkan garam dan esen vanilla, dan diadun hingga sebati. Masukkan pula cornflakes yang diramas tadi, dan biarkan mesin berputar 2-3 pusingan kemudian, matikan mesin. (Jangan biarkan terlalu lama. Ia boleh menjejaskan tekstur putih telur dan boleh menghancurkan cornflakes)
  • Setelah itu, masukkan choc chips ke dalam adunan, gunakan spatula untuk menggaul dan gunakan teknik ‘folding’. Adunan tidak perlu di gaul terlalu lama kerana ditakuti choc chipsnya cair dan akan menjejaskan warna adunan.
  • Tekstur adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Terlalu pekat, Macaroon akan menjadi keras bila dimakan, dan terlalu cair Macaroon menjadi tidak masak.
  • Masukkan adunan tadi kedalam kertas cawan menggunakan sudu. Elakkan adunan diisi terlalu banyak. Macaroon akan kembang sedikit semasa membakar.
  • Bakar didalam ketuhar selama 1jam. Suhu ketuhar 100C.
  • Hasilnya selepas membakar. Teksturnya keras, tapi bila dimakan lembut. Selamat mencuba ;)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN