resepi nih ambil dr internet gak…ubah sket2 ikut suka hati!!hehe,second time wat nih.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate chip muffin yang mudah

resepi nih ambil dr internet gak…ubah sket2 ikut suka hati!!hehe,second time wat nih.

BAHAN-BAHAN

  • 280gm tepung naik sendiri atau tepung gandum (sy guna tepung bluekey)
  • 3 sudu besar marjerin (daisy)
  • 2 sudu besar gula pasir (if manis sgt boley dikurangkan)
  • 3 biji telor ayam
  • 1/2 sudu soda bikabonat
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 sudu baking powder
  • ***sedikit choc chip untuk ditabur diatas muffin nanti
  • tak lupa 300 ml susu cair
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung gandum/tepung naik sendiri tadi dengan baking powder dan serbuk bikabonat.ketepikan.
  • Dalam breadmaker pukul marjerin dengan gula sehingga kembang iaitu sehingga warnanya seakan nak putih.
  • selepas itu masukkan telor ayam sebiji demi sebiji.pukul lagi sehingga betol – betol kembang.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangi bersama dengan susu cair tadi dan pukul lagi sehingga sebati adunannya.
  • Masukkan pula esen vanilla dan pewarna ikut citarasa masing-masing.macam sy sy just letak warna merah nk bg lain sikit warnanya.
  • Akhir sekali masukkan sedikit coklat chip ke dalam adunan dan kacau rata.
  • Masukan ke dalam cup muffin dan taburkan lagi choc chip di atasnya jika suka. bakar selama 20 minit dengan suhu 180’c.
  • Jgn lupa panaskan oven terlebih dahulu dalam 5-7 minit sebelum membakar kek/muffin anda.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending