Dessert yang tak susah untuk disediakan, enak dimakan bersama aiskrim vanilla

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate Chip Brownies

Dessert yang tak susah untuk disediakan, enak dimakan bersama aiskrim vanilla

BAHAN-BAHAN

  • 115g coklat masakan
  • 115g mentega buttercup
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • 150g tepung gandum
  • 175g cip cokelat
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Alas dulang pembakar bersaiz 13 in x 9 in dengan butterpaper dan digris sedikit mentega
  • Menggunakan kaedah double boiler cairkan coklat masakan bersama mentega.
  • Menggunakan mixer, pukul telur, gula, esen vanilla dan garam sehingga sebati dalam 2 minit kelajuan sederhana.
  • Masukkan adunan coklat, ayakkan tepung ke dalam adunan dan dan kaup balik, kemudian masukkan cip cokelat dan gaul sekata.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan guna spatula. Bakar selama 30 minit atau set.
  • Gunakan pisau, lalukan dikeliling brownies, semasa memindahkan alas butterpaper untuk menjaga permukaan kedut brownies.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN