cuba2 buat sendiri… dan hasilnya memenuhi citarasa kaum keluarga :-)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate Cheese Layer Cake

cuba2 buat sendiri… dan hasilnya memenuhi citarasa kaum keluarga :-)

BAHAN-BAHAN

  • **utk lapis coklat**
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 125g butter
  • 2 biji telur (grade c~berat utk 2 biji sekitar 80~95gram)
  • 1/2 cwn serbuk coklat/koko (van houten) + 1/2 cwn air panas (bagi larut)
  • 3/4 cwn susu coklat
  • 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sd teh soda bikarbonat + 1 sd teh serbuk penaik (ayak bersama)
  • 1 sd teh esen vanilla
  • @@utk lapis cheese pula@@
  • 375 g cream cheese
  • 100 g gula halus
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 biji telur (grade C juga ye)
  • 50ml air biasa
CARA PENYEDIAAN
  • Memula kena buat lapisan yg coklat dulu k… Mcm biasa la kan…. Pukul butter dgn gula sampai gula larut dan kembang. Pastu masukkan telur sebiji demi sebiji. pastu masukkan pula campuran coklat (yg dah siap2 bancuh dgn air panas tu). Lepas tu masuk pula susu coklat. Lepas tu boleh la masukkan pula campuran tepung+soda bikarbonat+serbuk penaik dan esen. gaul rata. (masa masukkan tepung tu kena sket2… sambil gaul rata)
  • Sediakan loyang yang bersaiz 7 inci x 10 inci yg berbentuk segi empat tepat.Kalau sape2 ade loyang yg mmg utk cheese cake lagi bagus. Senang nak bawa keluar nanti.
  • Panaskan oven suhu 170 darjah celcius selama 5 minit. Bakar pula adunan kek coklat tu selama 12 hingga 15 minit.
  • Opsss… Lupa lak… sebelum masuk semua adunan kek coklat tu…. ambik 2 sudu besar adunan kek dan masuk dlm plastik (nanti nak guna utk buat corak2 atas cheese pula)
  • Sementara menunggu kek coklat tu… Kite pukul cream cheese dgn gula sampai kembang. lepas tu masukkan telur dan pukul lagi. Pastu masuk pula tepung dan gaul rata. Last sekali masukkan air.
  • Bila adunan kek coklat dah siap 15 minit, masukkan pula adunan cheese tadi ke atasnya. Paipkan pula 2 sudu adunan kek coklat tadi. corak2 kan kek kite. ME ni tgn kaku sket. So paipkan lurus2, pastu ambik lidi gariskan jek. Tu yg terhasil corak ini. Kire corak basic la ni. Bakar dengan cara marine bath. Letak dulang bawah dia dgn air. Jgn lupa tutup loyang kek dgn aluminium foil sebab nak bagi permukaan kek yg cantik. Bakar pula selama 40 minit.
  • Bila dah siap bakar, biarkan aje kek sejuk sendiri dalam oven… Mcm ME bakar malam hari… so biar dia sejuk smp ke pagi. Pastu simpan pula dalam freezer keesokkan sepanjang hari bekerja. Mlm tu boleh le makan… sebab rasa cheese lebih enak disimpan….
  • ade org suka dan pandai menghias kek menjadi lebih cantik dipandang. Disebabkan ME ni kerastangan… so ape yg boleh dibuat ialah pukul whipping cream.. salut di tepi… Pastu ME parut pula Coklat Cadburry Bar dan tampal kat tepi2 kek tu… Siap

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN