Sangat pekat rasa coklatnya macam di Secret Recipe. Menangis lah Secret Recipe lepas ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate Banana Mousse Cake

Sangat pekat rasa coklatnya macam di Secret Recipe. Menangis lah Secret Recipe lepas ni.

BAHAN-BAHAN

  • Kek Span Coklat:
  • 250 gm tepung (campuran kek span)
  • 300 gm telur
  • 60 gm air
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 60 gm mentega cair
  • 170 gm gula kastor
  • Mousse Coklat:
  • 250 gm krim putar
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar serbuk gelatin – campur dengan 4 sudu air dan masukkan dalam ketuhar selama 20 minit
  • 50 gm serbuk koko campur 80 gm gula aising
  • 1 1/2 sudu besar Nescafe campur 1/2 sudu besar air panas
  • Ganache Coklat:
  • 35 gm serbuk koko
  • 50 gm gula
  • 150 gm krim putar
  • 80 gm coklat – dicincang
  • 30 gm mentega
  • 3 biji pisang montel – dibelah dua
CARA PENYEDIAAN
  • Cara buat kek span:
    Masukkan kesemua bahan kecuali mentega cair dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga gebu. Akhir sekali masukkan mentega cair, kacau dengan spatula dan bakar selama 25-30 minit dalam oven 180C. Keluarkan dan sejukkan.
  • Cara buat mousse:
    Pukul krim putar dan masukkan semua bahan untuk mousse.
  • Cara buat ganache:
    Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk/periuk dan masak cara ‘double boil’. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan sebelum dituang ke atas kek.
  • Potong kek kepada 2 bahagian. Sapukan 1/3 dari mousse ke atas satu lapisan kek. Letakkan pisang yang dibelah tadi. Kemudian lapiskan dengan satu lagi lapisan kek. Sapukan baki mousse tadi ke semua bahagian kek dan sejukkan sehingga mousse keras.
  • Bila mousse dah keras, tuang coklat ganache tadi dan biar dia mengalir secara semulajadi. Hiaskan sesuka hati.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN