lupakannn…. secret recipies!!! kalo berat badan naik jgn salahkan saya!!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate Banana Cake

lupakannn…. secret recipies!!! kalo berat badan naik jgn salahkan saya!!!!

BAHAN-BAHAN

  • Chocolate Chiffon
    Bahan A
  • 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
  • 4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
  • 100gm gula kastor
  • 130gm tepung naik sendiri
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bicarbonate
  • 60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
  • 1 tsp esen vanila
  • Bahan B
    4 biji putih telur
    60gm gula kastor
    1/4 tsp cream of tartar
  • Kek Filing
  • 400ml whipping cream (manis)
  • 100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
  • 1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
  • 1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
  • 6 biji pisang berangan (dihiris nipis)
  • Coklat Ganache/Frosting
  • 140ml UHT whipping cream (tawar)
    350gm coklat masakan
    1 tbsp mentega (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 180C.
  • Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
  • Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
  • Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 8″ dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  • Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 atau 4 lapisan.
  • Kek Filing : Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.
  • Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. Buat yang sama untuk semua lapisan.
  • Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).
  • Coklat Ganache : Panaskan whiping cream secara double boiler, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
  • Keluarkan kek dan letak di atas redai dan tuangkan coklat ganache.
  • Hias mengikut citarasa, simpan di dalam peti sejuk biar coklat mengeras baru dipotong
  • Tips : Basahkan loyang sebelum di masukkan adunan kek supaya sng dikeluarkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN