Resipi mudah dan semestinya berbaloi untuk dicuba…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate And Pecan Higgledy-Piggledys

Resipi mudah dan semestinya berbaloi untuk dicuba…

BAHAN-BAHAN

  • Lapisan bawah: 320g biskut Digestive
  • 110g gula perang
  • 1/4 sudu teh garam
  • 200g mentega tanpa garam – dicairkan
  • Lapisan atas:
  • 300g coklat hitam, cincang halus
  • 200g kacang pecan panggang, walnut atau badam – hiris nipis
CARA PENYEDIAAN
  • Oven dipanaskan 180C. Lapikkan dulang dengan lapisan aluminium dan ketepikan.
  • Untuk lapisan bawah: adun sebati biskut yang telah dihancurkan, gula dan garam. Masukkan mentega yang cair (sejukkan dulu) dan adun lagi sampai jadi berketul (agak-agak rupa macam lapisan bawah kek keju).
  • Letak adunan tersebut ke dalam dulang dan ratakan. Kemudian, tekan-tekan sikit biar padat. Bakar dalam 12-14 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan seketika dalam 1 minit.
  • Untuk lapisan atas, taburkan coklat di atas lapisan bawah tadi rata-rata. Kemudian masukkan semula dulang ke dalam oven (untuk melembutkan coklat) dan keluarkan semula. Kemudian, dengan menggunakan belakang sudu, ratakan lapisan coklat (yang mencair) tersebut.
  • Taburkan kekacang di atas lapisan coklat yang masih agak cair…tekan-tekankan supaya kacang betul-betul tenggelam. Biarkan dulang sejuk dalam lebih kurang 45 minit.
  • Bila dulang dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais seketika (nak bagi keras supaya mudah untuk dipotong-potong nanti). Hidangan ni boleh tahan lama sehingga dua minggu kalau disimpan di dalam peti sejuk selalu.
  • Cubalah!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN