Resepi dikala musim durian.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chilled Durian Cheesecake

Resepi dikala musim durian.

BAHAN-BAHAN

  • Base:
  • 100g biskut marie, kisar halus
  • 50g butter, cairkan
  • ***Gaul rata biskut dan butter. Padat-padatkan pada dasar loyang kek yang telah dialaskan dengan baking paper. Ketepikan dalam peti sejuk.
  • Durian cream cheese filling:
  • 125g cream cheese, suhu bilik
  • 20g-30g gula kastor, bergantung pada manis buah durian
  • 200g isi durian, boleh dblend halus dulu
  • 175g whipping cream, dipukul hingga mousse state (bertanduk tapi masih lembut, macam meringue soft peak)
  • 1/2sb gelatine Halagel
  • 1sb + 1/2sb air hangat
  • Durian cream:
  • 50g isi durian manis, hancurkan
  • 50g fresh cream, diputar kaku
  • ***Campurkan kedua-duanya hingga sebati. Masukkan ke dalam piping beg.
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gebu.
  • Masukkan isi durian, gaul hingga sebati.
  • Masukkan gelatin ke dalam cawan/bekas kecil berisi air hangat. Biarkan 5 minit untuk ia mengembang, kemudian cairkannya secara double-boiler atau guna microwave oven. Ketepikan.
  • Pukul whipping cream hingga pekat dan gebu, seperti mousse. Jangan overbeat!
  • Masukkan gelatin ke dalam adunan cheese, gaul sebati. Masukkan whipping cream tadi, kaup balik hingga sebati.
  • Tuang adunan ini ke dalam loyang. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam (ku 4 jam) atau hingga cheesecake keras.
  • Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
  • Hiaskan atasnya dengan durian cream dan sedia dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN