Western Fushion Food…butter rice sebagai ganti chips sebagai kanji….maka lengkaplah hidangan yang mempunyai protein,karbohidrat dan vitamin :-)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chicken Chop with Butter Rice

Western Fushion Food…butter rice sebagai ganti chips sebagai kanji….maka lengkaplah hidangan yang mempunyai protein,karbohidrat dan vitamin :-)

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN-BAHAN UNTUK CHICKEN CHOP :
  • 4 KETUL PEHA AYAM (DIBUANG TULANG DAN DIKETUK SUPAYA LEPER SEDIKIT)
  • 2 SENDUK TEPUNG GANDUM
  • SEDIKIT SERBUK LADA SULAH
  • 2 SUDU BESAR SOS TIRAM
  • SECUBIT GARAM
  • SEDIKIT SERBUK PATI AYAM
  • SEBIJI TELUR AYAM
  • BAHAN-BAHAN UNTUK BLACK PEPPER SAUCE :
  • 2-3 SUDU BESAR BUTTER
  • 1 BIJI BAWANG BESAR DIHIRIS
  • 3 ULAS BAWANG PUTIH DITUMBUK HALUS
  • SEDIKIT SERBUK PATI AYAM
  • SEGENGGAM LADA HITAM DITUMBUK (TERPULANG NAK GUNAKAN LEBIH ATAU KURANG)
  • 2 SUDU BESAR SOS CILI
  • 1 BIJI LIMAU KASTURI
  • GARAM SECUKUP RASA
  • AIR SECUKUPNYA
  • 1-1 1/2 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
  • BAHAN-BAHAN UNTUK BUTTER RICE :
  • 3 CAWAN BERAS
  • 3 CAWAN AIR
  • 1 CAWAN SANTAN / SUSU CAIR
  • 2 ULAS BAWANG PUTIH (DIHIRIS HALUS ATAU DITUMBUK)
  • 1/2 BIJI BAWANG BESAR (DIHIRIS ATAU DITUMBUK)
  • 1/2 INCI HALIA (DIHIRIS NIPIS ATAU DITUMBUK)
  • 1-2 BATANG SERAI DIKETUK
  • 2-3 HELAI DAUN PANDAN (DISIMPUL)
  • SERBUK PATI AYAM SECUKUP RASA
  • GARAM SECUKUP RASA
  • 1 BIJI SUP BUNJUT
  • 3-4 SUDU BESAR BUTTER
  • BAHAN-BAHAN UNTUK COLESLAW :
  • MIX VEGE (DIREBUS TERLEBIH DAHULU)
  • DAUN SALAD DIPOTONG SEDERHANA HALUS
  • BUAH TOMATO DIPOTONG DADU
  • SEDIKIT PERAHAN LIMAU KASTURI
  • SECUBIT GARAM
  • SECUBIT GULA
  • MAYONIS SECUKUPNYA
  • SEDIKIT SERBUK LADA SULAH
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk menanak butter rice,seperti biasa basuh beras sehingga bersih dan toskan.Masukkan ke dalam periuk nasi.
  • Panaskan butter hingga cair dan masukkan bahan-bahan penumis seperti bawang besar,bawang putih,halia dan serai. Tumis hingga agak garing dan wangi. Masukkan sup bunjut dan kacau rata.
  • Masukkan air dan santan. Kacau rata bahan-bahan tersebut. Masukkan daun pandan dan juga bahan perasa seperti garam dan serbuk pati ayam secukup rasa. Bila sudah mendidih, tutup api dan masukkan campuran tersebut ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang telah ditos tadi dan tanak nasi seperti biasa menggunakan periuk nasi elektrik.
  • Peha ayam diperap dengan sos tiram,garam,serbuk lada sulah dan serbuk pati ayam. Biarkan lebih kurang 10 minit.
  • Pukul telur. Celupkan peha ayam ke dalam telur dan golekkan ke atas tepung gandum. Pastikan tepung gandum dapat menutup rata daging ayam tersebut.
  • Gorengkan ayam sehingga garing dalam minyak yang penuh.
  • Untuk black pepper sauce, panaskan butter dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  • Masukkan sos cili dan perah limau kasturi di dalamnya.
  • Tambahkan air secukupnya dan masukkan lada hitam yang telah ditumbuk halus.
  • Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
  • Masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah. Masak seketika dan bolehlah dihidangkan bersama ayam yang telah digoreng tadi. Tunggu kuah sejuk terlebih dahulu supaya ayam tadi tidak kembang (hilang rasa crispy) bila terkena kuah.
  • Untuk coleslaw pula, masukkan mayonis,garam,gula,lada sulah dan air perahan limau kasturi. Kacau rata bahan-bahan tersebut. Masukkan sayur-sayuran dan kacau sebati semua bahan. Siap untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN