PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

chicken chop..

BAHAN-BAHAN

  • 1 peha ayam
  • secubit garam, sedikit serbuk pati ayam, sesudu sos tiram dan sedikit lada sulah
  • 1 cawan tepung gamdum
  • setengah cawan tepung ubi
  • 1 biji telur
  • minyak masak utk goreng
  • * coslaw (tak betui aku eja ni)
    sepotong kecil kobis (bila dicincang kobis tu ada dalam 1/4 cawan)
  • seinci carrot
  • sedikit bwg besar, sedikit limau nipis, 1 sudu mayonis, dan secubit garam..
  • ***kentang goreng…p la beli kat care4 or mane2..then goreng sendirik… :)
  • ** untuk sos black pepper
  • 1 sudu cili sos dan perahkan sepotong limau nipis (utk menggantikan HP sos krn kurang pasti status Halalnya)
  • 2 @ 3 sudu brown sugar
  • 1 sudu chicken seasoning
  • 1 gelas air
  • 10 biji lada hitam di tumbuk…jgn halus sgt..
CARA PENYEDIAAN
  • ayam tadi di siat utk amik isi then tulang tu potong n buang..isi ayam tadi akan leper n lebih kurang sebesar tapak tgn kite la kot…
  • isi tadi di gaul dengan garam, sos tiram, serbuk pati ayam, lada sulah n biarkan dalam 5 minit supaya rasa tu meresap
  • tepung ubi n gamdum di campur n kacau rata..
  • masukkan ayam tadi kedalam tepung..pastu celupkan kedalam telur n sekali lagi golekkan ayam tadi di dalam tepung
  • panaskan minyak then terus goreng ayam tadi…luar isi ayam tadi akan jadi crispy…
  • ** coslaw…

    cincang kobis, carrot, bawang sampai halus..perahkan limau, n masukkan mayonis serta kacau…dah siap

  • *** untuk black pepper sos***
  • guna periuk kecik utk didihkan air sambil kaco ngan mixer, masukkan brown sugar, sos cili diperah limau n seasoning..kaco sampai pekat n masukkan lada hitam yang telah di tumbuk tadi…erm..dah pun siap…pastu tuang je atas ayam tadi..perrgghhh…
  • pastu bolehla nkorang hiaskan ikut kreativiti nkorang…jgn hias sampai sayang nak makan plak..hehehe

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN