Mudah disediakan dan mengenyangkan. Resepi dapat dari kenalan facebook dan diubahsuai mengikut citarasa :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cheesy Roti Lapis Berdaging

Mudah disediakan dan mengenyangkan. Resepi dapat dari kenalan facebook dan diubahsuai mengikut citarasa :)

BAHAN-BAHAN

  • 12 keping roti
  • 300g daging cincang @ 4 keping daging burger dicincang
  • 1 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu besar sos lada hitam
  • Sedikit serbuk oregano
  • 1/2 tin cendawan butang (boleh campurkan sayur kesukaan masing2)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air
  • 3 biji telur
  • 200ml susu dutch lady
  • 8 keping cheese
  • 1/2 buku cheese cheddar yang diparut
  • Sedikit mentega untuk disapukan pada acuan sebelum melapis roti
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  • Masukkan bawang besar, daging dan cendawan. Kacau sehingga daging empuk. Jangan terlalu lama sebab nanti kita akan masukkan dalam oven utk dibakar
  • Masukkan sos lada hitam dan air dan oregano. Kacau sehingga daging kering. Kemudian ketepikan.
  • Pukul telur dengan susu segar.
  • Sapukan acuan/bekas dengan mentega.
  • Celupkan setiap 4 roti ke dalam adunan telur tadi dan susun dalam acuan sebanyak 4 keping.
  • Kemudian masukkan 1/2 daging yg telah dimasak tadi dan ratakan. Susun 4 keping cheese diatas daging.
  • Kemudian ulang langkah 6 dan 7.
  • Kemudian celupkan setiap 4 keping roti yang terakhir tadi dengan telur dan tutup lapisan yg dibuat tadi dan ditabur dengan 1/2 buku cheese cheddar yg sudah diparut. Tuang baki adunan telur ke atas lapisan roti.
  • Bakar selama 30minit atau sehingga cheese cheddar di atas kekuningan pada suhu 180 darjah celcius
  • Rasa macam lasagna. Sedap dimakan bersama sos dan mayonis. Selamat mencuba :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN