utk ingtan diri sindri…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cheese Tartlet
utk ingtan diri sindri…
BAHAN-BAHAN
- KULIT TART
- 340g mentega / marjerin (tmbah butter milk esen)
- 100g gula icing (wajib ayak)
- 2 biji telur gred C
- 580g tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanilla
- Topping Cheese
- 250g cream cheese
- 50g gula halus
- 1 biji telur gred B
- 1/2 sudu teh esen vanila @ any esen mengikut filling
- pelbagai filing kegemaran
CARA PENYEDIAAN
- pukul mentega & gula dgn senduk kayu sehingga sedikit kembang.
P/S: pastikan mentega masih sejuk dan potong kiub. - masukkan esen vanilla & telur.
- masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan uli hingga menjadi doh yg lembut.
- balut dgn plastik dan rehat kan dlm peti sejuk (bahagian yg biasa) paling kurang 30 minit,
- ambil sedikit doh dan bulat2 kn. tekan pada acuan. pastikan tidak terlalu tebal n terlalu nipis.
- cucuk garfu di dasar tart dan bakarkan sehingga keperangan sahaja. suhu 180 darjah selama 20 – 25 minit.
- sejukkn dan isikan filling yg digemari 1/3 – 1/2 dr dasar tart.
- cara buat adunan cheese
- pukul cream cheese sekejap. (P/S: cream cheese patut sejuk n kiubkan).
masukkan gula. terus pukul hingga kembang dan berkerim.. - masukkan esen n telur. kacau sebati.
- ambil sedikit utk hiasan (pelbagai warna).
P/S: filling juga boleh dijadikan hiasan. - masukkan adunan cream cheese dlm piping bag. paipkan kedlm tart tadi. buncit / gunungkan cream cheese.
- hiaskan mengikut naluri masing2…
- bakar sekali lg selama 5 minit suhu 170. (P/S: cream cheese yg dah masak, xkan meletak bila di pegang…)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.