Ambil resepi dari Fotopages Maklang Azie (ulampegaga.fotopages.com) ttp telah diubahsuai sedikit, sumber asal dari aunty Yochana…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cheese Brownies

Ambil resepi dari Fotopages Maklang Azie (ulampegaga.fotopages.com) ttp telah diubahsuai sedikit, sumber asal dari aunty Yochana…

BAHAN-BAHAN

  • 180gm mentega (dicairkan), 275gm gula perang (saya kurangkan sedikit menjadi 250gm), 3 biji telur, 1 sudu kecil esen vanila, 120gm tepung naik sendiri, 70gm serbuk koko, sedikit kacang almond yg telah dikisar kasar & dipanggang (tiada dlm resepi asal)
  • Untuk cheese filling: 250gm cream cheese, 45gm mentega (saya tak letak), 80gm icing sugar, 1 biji telur, sedikit choc chip utk hiasan
    * maklang letak sedikit jus lemon, saya ganti jus lemon & mentega kpd sour cream 250ml)
CARA PENYEDIAAN
  • Putar mentega & gula perang sehingga sebati
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis, gaul hingga sebati. Masukkan esen vanila.
  • Tepung naik sendiri & serbuk koko diayak bersama. Masukkan campuran tepung & serbuk koko ke dalam adunan mentega tadi sedikit demi sedikit…gaul rata.
    Masukkan kacang almond yg telah dipanggang terlebih dahulu.
  • Bakar adunan kek dalam oven – 180dc (panaskan oven terlebih dahulu). Bakar selama 15minit. (Noted – resepi asal tak bakar kek dulu)
  • Untuk cheese filling: Putar cream cheese, gula aising & sour cream sehingga sebati. Kemudian masukkan telur.
  • Keluarkan kek dari oven setelah 15minit, curahkan cheese filling ke atas kek & taburkan choc chips untuk hiasan.
  • Bakar semula dalam oven – 25-30minit.
  • Sejukkan sebelum dipotong & dihidang
  • * Potong kek menggunakan pisau yg telah dipanaskan supaya kek rata bila dipotong. (saya tiada brownies cutter)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN