Sago ni sesuai untuk sejukkan badan…enak dimakan pada waktu petang…sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cendol Sago

Sago ni sesuai untuk sejukkan badan…enak dimakan pada waktu petang…sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan sagu
  • 1/4 cawan gula merah dan 1/4 cawan gula putih
  • 1 cawan santan
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Masak sagu dengan 10 cawan air hingga sagu menjadi putih jernih.
  • Basuh sagu beberapa kali untuk membuang kanjinya.
  • Toskan dan masukkan ke dalam bekas yang disukai.
  • Simpan dalam peti sejuk.
  • Masak kedua-dua gula dengan air serta daun pandan hingga mendidih dan tapis.
  • Panaskan santan dengan sedikit garam.
  • Keluarkan sagu tadi dan curahkan air gula dan santan ke atasnya dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN