Masa memasak 30 minit sahaja…hasilnya Cendol Pandan yang gebuss…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cendol Pandan
Masa memasak 30 minit sahaja…hasilnya Cendol Pandan yang gebuss…
BAHAN-BAHAN
- 3/4 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung jagung
- 3 cawan air + pandan
- 1 sudu garam @ secukup rasa
- 1 sudu kecil (sudu KFC) serbuk kapur
CARA PENYEDIAAN
- satukan semua bahan di atas dan tapis.
- masak dalam kuali nonstick sehingga kental dan berkilat. Biasanya mengambil masa 25 – 30 minit bergantung kepada kekuatan api dan ketebalan kuali.
- masuk dalam acuan cendol (acuan muruku, atau sebarang jenis acuan yang sesuai) flo guna sudip mengoreng yang berlubang) dan tekan dalam air sejuk (air dr peti sejuk). Pastikan bahagian bawah acuan tidak menyentuh air sejuk.
- simpan cendol bersama airnya di dalam peti sejuk…tak tahu berapa lama boleh tahan…mungkin seminggu ja sebab tak ada pengawet…:)
- Boleh makan bersama Santan Pekat + Gula Merah, atau Ais Kacang…ikut suka, tapi flo guna santan dan gula merah je…sodapp sangat, jual kat bazaar gerenti habis…:)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.