Masakan ala cina resipi sendiri.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cendawan Szechuan
Masakan ala cina resipi sendiri.
BAHAN-BAHAN
- 1 paket cendawan tiram
- 3 ulas bawang putih
- setengah biji capsicum merah dan kuning
- 1 sk tepung jagung
- minyak bijan untuk menumis
- 2 ulas bawang ros merah
- 3 tangkai cili kering – digoreng sebentar dan dipotong 1 inci atau ikut suka
- bahan tambahan (kalau suka): 1/2 biji bwg besar – dipotong 6, 3 s/m gajus, 2 sk bijan yg sudah disangrai.
- 3 s/m sos tiram
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan cendawan dan toskan.
- Tumiskan bawang putih dan merah samada yang dihiris sahaja, ditumbuk atau dicincang (ikut suka).
- Masukkan cendawan dan sos tiram dan renehkan sebentar.
- Masukkan capsicum merah dan kuning serta cili kering. Gaulkan sebati. Kalau suka boleh masukkan gajus dan bawang besar.
- Tuangkan bancuhan tepung jagung untuk lebih pekat. Sesuaikan rasa dan angkat. Taburkan di atasnya dengan bijan yang telah disangrai.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.