untuk hidangan seisi keluarga..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

cendawan kriket masak lemak cili padi

untuk hidangan seisi keluarga..

BAHAN-BAHAN

  • 250g cendawan kriket
  • 6 biji cili padi
  • 1/2 ulas bawang merah (besar)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah (besar)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1cm halia
  • 1 batang serai (di titik)
  • sejumput ikan bilis (klu suka lemak boleh lebihkan)
  • lobak merah sebagai penyeri (boleh juga diganti dengan sayur lain ikut suka)
CARA PENYEDIAAN
  • tumbuk ikan bilis,bawang merah,bawang putih hingga lumat.cili padi ditumbuk pecah-pecah sahaja.
  • masukkan santan pekat dan bahan-bahan yang di tumbuk tadi ke dalam periuk.renehkan jangan sampai pecah minyak.
  • masukkan cendawan kriket yang telah dibasuh.masukkan juga halia(di titik).
  • masukkan sayur dan serai.tambah sedikit garam dan perase secukupnya.apabila sayur empuk. angkat.
  • hidangkan bersama nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN