Bagaimana cara nak masak Cencaru Belah Belakang?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cencaru Belah Belakang
Bagaimana cara nak masak Cencaru Belah Belakang?
BAHAN-BAHAN
- 2 ekor ikan cencaru
- 2 batang serai (Dikisar)
- 4 biji bawang merah (Dikisar)
- 6 biji cili merah (Dikisar)
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
- 5 biji limau kesturi (Dibelah 2 dan dibuang biji)
CARA PENYEDIAAN
- Belah ikan di bahagian belakang kemudian cuci sehingga bersih.
- Gaul bahan yang dikisar, gula dan garam sehingga sebati. Kemudian masukkan di belakang ikan cencaru.
- Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing.
- Terbalikkan ikan supaya keduadua belah ikan garing.
- Apabila sudah masak, angkat dan letakkan di atas pinggan.
- Hiaskan dengan salad dan limau kesturi. Limau kesturi boleh diperah semasa makan bagi menambahkan perisa sambal dalam ikan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.