Cekodok yg simple bagi penggemar udang kepal @ geragau (yg buat cencaluk/belacan tu…)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cekodok Udang Geragau

Cekodok yg simple bagi penggemar udang kepal @ geragau (yg buat cencaluk/belacan tu…)

BAHAN-BAHAN

  • 2-3 genggam udang kepal/geragau – kalau suka banyak boleh tambah
  • 1 labu bawang besar saiz besar
  • 1 biji kentang saiz besar
  • 2 keping kulit roti/roti potong
  • 10 sudu besar tepung gandum
  • Air yg cukup utk bancuh adunan tepung & rendam roti
  • Garam secukup rasa
  • Minyak yg banyak untuk goreng tenggelam (deep fry)
CARA PENYEDIAAN
  • Kentang & bawang besar dicincang. Halus/kasar terpulang selera masing-masing.
  • Roti direndam dalam air. Ketepikan sekejap.
  • Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana besar.
  • Dalam mangkuk/besen adunan, masukkan tepung, kentang, bawang, udang kepal yg dah dicuci dan garam, gaul sebati. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat kecairan/kepekatan yg menepati citarasa anda.

    – Utk yg baru2 nak cuba buat ckodok, jgn kacau beriya2 sangat, buat bentuk nombor 8 semasa mengacau adunan sehingga semua tepung larut dan bahan2 sebati.

  • Hancur2kan roti yg dah direndam tadi, masukkan dalam adunan, kacau rata.
  • Cedok adunan dengan sudu dan jatuhkan ke dalam minyak panas tadi dengan berhati2. Saiz cekodok bergantung pada berapa banyak anda cedok adunan dan berapa banyak minyak yg anda gunakan – lagi besar kuali, lagi banyak minyak, lagi banyak boleh goreng dalam satu2 masa.
  • Goreng hingga garing/kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak cekodok sebelum hidang. Sedap makan begitu saja atau dgn sambal/sos yg anda suka.
  • Nota tambahan : Cekodok lebih sedap & lebih gebu/rangup jika adunan disimpan semalaman dalam peti sejuk. Saya kurang gemar rasa udang kepal (yg suka family saya je…) tapi bila dah simpan semalaman dalam peti sejuk dan goreng keesokan harinya, rasa dia cam cekodok Adabi pun ada…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN