Kali pertama buat.. rupa kurang gebu, tapi rasanya sedap!!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Caramel Mousse
Kali pertama buat.. rupa kurang gebu, tapi rasanya sedap!!
BAHAN-BAHAN
- 1 biji telur putih
- 120ml susu segar
- 120ml krim segar
- 10g gula halus
- Karamel:
- – 50g gula
- – 1 sudu besar air
- 5g gelatin
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan karamel- masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Tutupkan api.
- Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Tutupkan api dan masukkan semua karamel tadi.
- Dalam bekas lain campurkan gelatin dgn 1 sudu besar air dan kacau.
- Kemudian masukkan gelatin tadi ke dalam susu. Kacau sehingga gelatin cair.
- Alaskan mangkuk susu tadi dengan air yang mengandungi ketulan ais. Kacau sehingga pekat.
- Dalam mangkuk lain pukul krim sehingga pekat. Masukkan 1/2 krim ke dalam susu tadi. Kacau dengan perlahan-lahan. Kemudian masukkan yang selebihnya. Kacau lagi.
- Dalam mangkuk lain pula, pukul telur putih sehingga bila diangkat akan terbentuk seolah-olah bentuk tanduk.
- Masukkan 1/2 telur putih ke dalam campuran krim dan susu tadi. Kacau dengan perlahan. Kemudian masukkan yg selebihnya. Kacau lagi dengan perlahan.. jangan sampai hilang buih..
- Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Simpan dalam peti ais lebih kurang 40 minit.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.