Sebenarnya, ini resipi brownies bakar. Tapi, sengaja buat kukus sebab hendak tengok hasilnya bagaimana. Boleh tahan!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cakey Brownies

Sebenarnya, ini resipi brownies bakar. Tapi, sengaja buat kukus sebab hendak tengok hasilnya bagaimana. Boleh tahan!

BAHAN-BAHAN

  • **Adunan Coklat** – 1/2 cawan tepung
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 oz coklat masakan
  • 4 sudu/2 oz mentega
  • 1 sudu sirap jagung (saya guna ‘golden syrup’. Kalau langsung tak mahu guna pun tak mengapa)
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1/4 cawan susu segar (panaskan sekejap)
  • 2 biji telur gred A
  • 250g krim keju
  • 60g gula
  • 1 biji telur gred A
  • 1/4 cawan tepung
  • 25ml air
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan coklat masakan dan mentega secara ‘double boiler’.
  • Pukul gula dan telur sampai agak kembang.
  • Masukkan pula esen vanila, sirap, coklat, mentega cair dan susu.
  • Akhir sekali masukkan tepung, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Gaul sebati.
  • Dalam mangkuk lain, pukul krim keju bersama gula dan air sampai kembang.
  • Masukkan telur, pukul sebentar. Kemudian masukkan tepung.
  • Alaskan loyang dengan kertas minyak, masukkan semua adunan krim keju.
  • Masukkan 1/4 dari adunan coklat ke dalam loyang.
  • Dengan menggunakan garpu, tarik-tarik sedikit atas adunan dalam loyang tu supaya membentuk lorekan. Kukus 15 minit.
  • Masukkan baki adunan coklat…dan kukus 20 minit. Sewaktu kukus, balut tutup kukus dengan kain/tutup loyang dengan lapisan aluminium. Selepas itu, kukus dengan api besar.
  • Bila dah siap, terbalikkan atas redai dan biar yang keju di atas. Adunan coklat itu memang cantik. Langsung tiada ‘bengkak2’ =) **Dalam gambar, saya sengaja letak bawah sebab lorekan tak berapa cantik hehehe**
  • Bila sejuk, potong bentuk 4 segi 2 inci. Selepas itu, boleh di makan. Tips: kalau nak kukus, lebih baik gandakan adunan coklat dan lapiskan (contoh: coklat-keju-coklat). Kalau nak bakar, ikut saja resipi ni tetapi coklat di bawah, keju di atas. Bakar dalam 1 masa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending