Resipi asal dari Allrecipes.com… Enak dimakan untuk sarapan atau minum petang, sapu dengan jem, Nutella dan sebagainya… Biskut Buttermilk ini gebu dan lembut pada bahagian dalamnya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Buttermilk Biscuits

Resipi asal dari Allrecipes.com… Enak dimakan untuk sarapan atau minum petang, sapu dengan jem, Nutella dan sebagainya… Biskut Buttermilk ini gebu dan lembut pada bahagian dalamnya.

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan tepung naik sendiri
  • 2 cawan susu mentega (‘buttermilk’)
  • 1/4 cawan susu mentega (untuk sapu)
  • 2/3 cawan lemak sayuran
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 1 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan tepung naik sendiri, gula dan serbuk penaik ke dalam mangkuk dan gaul sehingga semua sebati.
  • Kemudian masukkan lemak sayuran dan menggunakan jari campurkan aduanan tepung dan lemak sayuran sehingga ia menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan 2 cawan susu mentega dan uli sehingga menjadi doh.
  • Canai adunan setebal 1 inci dan terap bulat sebesar 2 inci. Saya terap comel-comel senang nak masuk mulut.
  • Sapukan permukaan adunan dengan 1/4 susu mentega dan bakar di dalam oven pada suhu 180’C selama 15 – 20 minit sehingga kekuningan.
  • Nota: Saya menggunakann 1 tin susu cair (2 cawan susu + 1/4 cawan air panas) dan jus dari 1 biji lemon untuk menghasilkan ‘buttermilk’. Biarkan ia seketika selama 10 minit sehingga ia bergentel-gentel sedikit dan sedia untuk digunakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN