butter cookies yang diubah sikit jadi teddy =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Butter Teddy

butter cookies yang diubah sikit jadi teddy =)

BAHAN-BAHAN

  • 8 oz mentega tanpa garam
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 susu kecil garam
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
    (tambah jika perlu)
  • pewarna coklat
  • cip coklat secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan garam dan esen vanila.
  • Tambah kuning telur dalam adunan. Pukul lagi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul rata.
  • Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Tambah pewarna coklat ke dalam bahagian doh yang lebih sedikit. Biarkan satu bahagian dalam warna asal.
  • Balut doh dengan cling wrapper dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.
  • Keluarkan doh dari peti sejuk. Bentukkan bulat besar dengan doh warna asal dan dua bulat kecil dengan doh coklat.

    *disebabkan saya lebih gemar biskut yang lembut jadi doh yang dibuat kurang tepung dan mudah dipipe dengan piping bag

  • Letak dua cip coklat untuk mata.

    * boleh guna ising untuk membentuk mulut teddy.

  • Bakar dalam oven (pre-heated) selama 15 minit dengan suhu 170C.
  • Nota: untuk membuat loli-cookies, cucuk lidi (stick) atau batang loli di bahagian bawah biskut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN