sesuai dihidangkan dengan nasi panas dan sebagainya

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Butter Prawns

sesuai dihidangkan dengan nasi panas dan sebagainya

BAHAN-BAHAN

  • 600 gm udang segar size besar
  • 2 sb minyak bijan @ minyak masak
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula
  • 3 sb butter
  • 1 biji kuning telur
  • 5 biji cili burung (ikut suka dipotong atau guna sebiji)
  • 3-4 pelepah daun kari
  • 6 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1-3 sb susu cair evaporated milk @ santan pekat @ susu segar
  • sedikit lada hitam
  • sedikit minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Udang digunakan seekor-ekor jangan dibuang kulit atau disiang, basuh sahaja, keringkan airnya dalam penapis kemudia marinate dengan minyak, gula, dan garam, kacau sedikit peram selama 1/2 jam.
  • Cincang bawang putih, hiris cili jika suka, kalau tidak guna sebiji2 cili burung.
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak masukkan udang balik2kan udang sebelah2 ke sebelah goreng udang setengah masak selama 1-2 minit kemudian kemudian keluarkan udang dalam kuali, Basuh kuali yang sama jika tiada kuali lain, jika guna kuali yang sama tanpa membasuh terlebih dahulu dikhuatiri nanti tak jadi butter prawns yang diidam-idamkan, jadi sila ikut peraturan.
  • Guna kuali yang lain dengan menggunakan api yang perlahan masukkan butter biar ia cair sedikit kemudian masukkan kuning telur, kacau ia sehingga berbuih sehingga sedikit sahaja kekuningan , masukkan bawang putih cincang, cili padi dan daun kari, masak sampai bawang putih naik bau, masukkan udang balik2kan hingga udang masak, masukkan susu cair, sedikit lada hitam dan ajinomoto jika perlu.
  • Ikut citarasa masing2 terpulanglah samaada butter prawns jenis berkuah atau kering, ikutkan ikut resipi sebenar ia kering dan sedikit berhampas macam hampas kelapa atau serbuk nestum

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN